MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Singapura untuk menghadiri Dialog Shangri-La (SLD) ke-22.
Dalam hantaran di Facebook, Mohamed Khaled memaklumkan, beliau dijadualkan menghadiri International Institute for Strategic Studies (IISS) Dialog Shangri-La ke-22 Sidang Kemuncak Keselamatan Asia selama tiga hari hingga Ahad ini.
Menurut Mohamed Khaled, sepanjang tiga hari itu, beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dan mesyuarat bersama rakan sejawat termasuk dari Amerika Syarikat (AS), Sweden, Perancis, Jepun, Australia dan Ukraine.
“Selain itu, saya turut dijadualkan untuk pertemuan dan mesyuarat bersama Menteri Pertahanan Singapura yang baharu, Chan Chun Sing,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Anwar lawat Singapura esok, sampaikan ucapan khas di Dialog Shangri-La
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan perutusan khas di Dialog Shangri-La ke-22 pada Sabtu.
Mohamed Khaled dijadualkan untuk mengiringi Perdana Menteri ke pertemuan bersama Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Turut sama dalam lawatan itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan Mohd Yani Daud, Ketua Eksekutif Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) Lt Jen Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri dan Asisten Ketua Staf Operasi Latihan Pertahanan, Bahagian Operasi Latihan Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mej Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin.
SLD, dihoskan Singapura merupakan persidangan utama pertahanan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik.
Tahun ini, persidangan itu akan disertai 47 negara, termasuk 40 perwakilan peringkat menteri, 20 ketua angkatan tentera, lebih 20 pegawai kanan pertahanan serta tokoh akademik terkemuka.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

