Isu keperluan rakyat antara fokus Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Melaka

Dari Penulis

ISU keperluan rakyat seperti pembinaan dan menaik taraf infrastruktur strategik, penambahan sekolah dan kemudahan pendidikan antara fokus Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Melaka yang berlangsung di Seri Negeri, Melaka hari ini.

Menerusi kenyataan Pejabat Ketua Menteri Melaka, mesyuarat yang merupakan platform penting menyelaras pembangunan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri itu turut menyentuh aspek peningkatan fasiliti kesihatan awam dan pelaksanaan projek perumahan rakyat.

“Kerajaan negeri amat menghargai ruang perbincangan bersama kerajaan Persekutuan dan yakin setiap cadangan akan diteliti secara profesional demi manfaat bersama.

“Kerajaan Negeri Melaka turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan berterusan terhadap aspirasi pembangunan negeri ini,” menurut kenyataan itu.

Baca artikel lain: Pesawat Air India terhempas: Malaysia berkongsi kesedihan, bersolidariti penuh bersama India – PM

Terdahulu, Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Melaka dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan berlangsung selama kira-kira satu jam di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Seri Negeri.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta barisan kepimpinan negeri.

Kenyataan itu turut memaklumkan mengenai komitmen kerajaan negeri untuk terus bekerjasama rapat dengan kerajaan pusat bagi memastikan segala perancangan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berimpak dan memberi manfaat nyata kepada rakyat.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This