Ahmad Samsuri lepas jawatan YDP Pas Marang, beri laluan kepimpinan baharu

Dari Penulis

DATUK Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) Pas Marang, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Marang kali ke-41 di Rusila, Marang.

Memetik laporan portal rasmi kerajaan negeri, Naib Presiden Pas itu berkata, beliau membuat keputusan itu bagi memberi ruang kepada barisan kepemimpinan baharu di kawasan Marang.

“Saya undur kerana yakin sudah tiba masanya untuk individu lain menyambung perjuangan. Kepemimpinan ini bukan milik individu, ia milik jemaah,” katanya memetik laporan portal rasmi kerajaan negeri hari ini.

Baca artikel lain: ‘Sentiasa jaga akhlak, adab baik’, Samsuri ingatkan ahli Pas

Susulan peletakan jawatan itu, Timbalan YDP PAS Marang, Datuk Mohd Nor Hamzah yang juga Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diumumkan sebagai pengganti Ahmad Samsuri.

Selain itu, jawatan Timbalan YDP PAS Marang disandang Datuk Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Alur Limbat, manakala jawatan Naib YDP dipangku Wan Zuki Wan Ismail.

Ketiga-tiga jawatan itu diumumkan menang tanpa bertanding.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This