PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan seluruh keluarga atas pemergian ibu mentuanya, malam tadi.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut mendoakan supaya Hamzah yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus kuat dengan ujian yang disifatkannya dahsyat itu.
Anwar turut bersedih dan mendoakan yang terbaik buat Hamzah sekeluarga.
“Takziah kepada Ketua Pembangkang, YB Hamzah Zainudin atas kehilangan bonda mentua tercinta Allahyarhamah Salmiah Nyakk Matt, semalam.
“Bapa mentuanya, Datuk Abdul Ghani Ngah turut terkesan dari tragedi yang menyayat hati tersebut.
“Semoga ruh Allahyarhamah diampunkan segala dosanya dan diberi tempat yang istimewa olehNya, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.
Baca artikel lain: Wanita warga emas maut kebakaran disahkan ibu mentua Hamzah Zainudin
Terdahulu, media melaporkan wanita warga emas yang maut dalam kebakaran di Jalan Raja Abdullah, Kampung Sungai Rapat Tambahan, Ipoh malam tadi disahkan sebagai ibu mentua Hamzah.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.
Salmiah, 84, maut dalam kebakaran itu manakala Abdul Ghani, 83, pula mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada 9.19 malam.
Beliau berkata siasatan awal bersama pasukan unit forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan kebakaran itu melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang didiami enam sekeluarga.
Empat mangsa lain terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan berusia 18 hingga 49 tahun berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

