Warga emas tak mengaku rogol anak kekasih berusia 12 tahun

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini, atas pertuduhan merogol anak perempuan teman wanitanya berusia 12 tahun, pertengahan tahun lalu.

Sementara itu kekasihnya, yang merupakan ibu kandung kanak-kanak terbabit didakwa bersubahat bersama lelaki berkenaan bagi melakukan kesalahan yang sama.

Tertuduh, yang merupakan seorang peniaga berusia 61 tahun dan ibu kandung mangsa berusia 37 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa telah merogol mangsa yang berusia 12 tahun empat bulan ketika kejadian di sebuah kediaman dekat Taman Seraya di Hulu Langat sekitar jam 4 petang, pada sekitar pertengahan tahun lalu.

Peniaga nasi lemak itu didakwa mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun yang serupa.

Manakala teman wanitanya yang merupakan seorang pengawal keselamatan didakwa telah bersubahat dengan teman lelakinya itu, merogol anak kandungnya pada hari dan tempat yang sama, yang mana kesalahan berkenaan dilakukan hasil persubahatannya.

Justeru ibu kanak-kanak itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 375(g) Kanun yang sama yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1) Kanun yang serupa.

Sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh terbabit berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hairuliqram Hairuddin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh kerana khuatir berlaku gangguan terhadap mangsa yang difahamkan tinggal sebumbung bersama ibu kandungnya selain mempertimbangkan hubungan Azman bersama wanita itu.

“Bagaimanapun pihak pendakwaan difahamkan mangsa kini tinggal bersama-sama ibu saudaranya” katanya.

Ketika prosiding, kedua-tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Hakim Norshila kemudian tidak menetapkan sebarang jaminan ke atas kedua-dua tertuduh memandangkan tiada penjamin yang hadir ke mahkamah hari ini bagi urusan jaminan.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Ogos depan sebagai tarikh sebutan kes bagi serahan dokumen dan lantikkan peguam tertuduh.

Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja perempuan dicabul dan dirogol oleh kekasih ibunya ketika sedang tidur, sambil diperhatikan wanita itu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, berkata ketika kejadian, mangsa terjaga apabila menyedari seseorang menyentuhnya dan sebaik membuka matanya, mangsa terlihat ibunya dan lelaki terbabit di sebelahnya.

Kanak-kanak itu kemudian dirogol oleh lelaki berkenaan sambil disaksikan ibunya.

Lebih jijik, pada 25 Jun lalu mangsa turut melihat mesej antara ibunya dan lelaki itu yang merancang lebih banyak aktiviti seksual dan suspek menyatakan hasratnya untuk melakukan hubungan seks dengan mangsa di sebuah hotel.

Mangsa yang ketakutan melarikan diri ke rumah rakannya sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah untuk tindakan lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This