SEMUA ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan untuk tidak menyalahgunakan hak kebebasan bersuara dalam parti dengan menimbulkan fitnah dan tohmahan.
Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan berkata sebaliknya hak kebebasan bersuara perlu digunakan secara berhemah dan beretika.
“Inilah kelebihan dan kehebatan PKR dan kerajaan hari ini, kerana semua orang berhak bersuara tetapi saya ingin ingatkan, jangan buat fitnah…kita memang ada kebebasan bersuara tetapi apabila ia disalah guna untuk memfitnah, maka hilanglah kebebasan itu.

Baca artikel lain: 9 Ahli Parlimen PKR mesti bertanggungjawab jika Kerajaan MADANI tumbang – Hassan Karim
“Tidak salah untuk bercakap dan meluahkan pandangan, asalkan dengan fakta dan disiplin,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program The Changemakers of Inti International College Subang dan seminar anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN), di Subang Jaya, hari ini.
Semalam, sekumpulan Ahli Parlimen PKR membangkitkan mengenai isu kehakiman selain meminta satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan berhubung pelantikan hakim.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

