Tidak mahu golongan asnaf, OKU terbeban… ‘Kesihatan hak semua orang’ – Dr Afif beri rawatan percuma

Dari Penulis

ISU pesakit terpaksa menunggu lama di hospital kerajaan terutamanya di Jabatan Kecemasan bukanlah perkara baharu.

Boleh dikatakan, masalah itu seringkali dibahaskan oleh masyarakat yang terpaksa menahan sakit dalam jangka masa yang lama sebelum menunggu kekosongan katil di wad.

Malah, baru-baru ini, isu tersebut kembali tular dan menjadi bualan orang ramai di media sosial menerusi perkongsian video menunjukkan lambakan pesakit ‘disidai’ dan terpaksa menunggu lama di hospital kerajaan.

Menyedari hal ini, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Rawatan Al Farhain, Dr Afif Mohd Ridzwan, pihaknya sentiasa berusaha meringankan beban golongan asnaf dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan memberi rawatan percuma.

“Saya dah lama dengar isu lambakan pesakit di hospital-hospital yang terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan. 

“Malah saya pun ada pengalaman apabila saudara saya yang mengalami muntah-muntah dan hampir pengsan, tapi terpaksa menunggu lama sedangkan dia memerlukan rawatan segera. 

“Kalau yang mampu, mungkin dia mempunyai alternatif atau cara lain. Tapi kalau yang tidak mampu, agak kasihan kepada mereka apabila terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama. 

“Menyentuh tentang isu ini, sebenarnya kami sudah lama membantu golongan susah dan yang memerlukan untuk mendapatkan rawatan,” katanya yang pernah berkhidmat di Hospital Kajang.

Bagi Dr Afif, golongan asnaf dan OKU juga berhak mendapat layanan baik agar kesihatan mereka terjamin. 

“Kiranya sudah lama kami membuat kerja amal ini demi kesihatan golongan yang memerlukan. Bagi kami, kesihatan adalah hak semua tanpa mengira status atau latar belakang masyarakat. 

“Tidak cukup dengan itu, seiring dengan usaha murni Pusat Rawatan Al Farhain, kami juga sering menganjurkan program-program kesihatan di banyak tempat yang sesuai dan dekat dengan masyarakat. 

“Saya berharap, masyarakat terus doakan kami agar terus diberikan kemudahan serta peluang untuk berbakti kepada masyarakat terutama golongan yang betul-betul memerlukan,” ujarnya. 

Untuk info, Pusat Rawatan Al Farhain yang dibuka pada awal 2020 itu sehingga kini sudah memiliki 11 cawangan klinik.

Tujuh cawangan klinik adalah di Kelantan iaitu di Ketereh, Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Putih, Kuala Krai dan Jeli. 

Manakala terdapat juga cawangan dia Jerteh, Terengganu dan di Pahang iaitu di Raub, Kuala Lipis dan Cameron Highland. 

Bukan itu sahaja, Pusat Rawatan Al Farhain juga mempunyai tiga buah farmasi di Kelantan iaitu di Jeli, Kok Lanas dan Tunjong. 

Selain turut menyediakan kemudahan Pusat Dialisis Al Ehsan dan Pusat Dialisis Berkat Seroja, Kelantan.

Menyentuh tentang nama Pusat Rawatan Al Farhain, Al Farhain ini adalah sempena nama anak pertama Dr Afif iaitu Aiman Farhan dan anak keduanya Ain Fadhilah. Daripada gabungan nama mereka maka lahirnya Al Farhain yang bermaksud kegembiraan dunia dan akhirat. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital baharu 400 katil bakal dibina, atasi kesesakan kritikal di Melaka

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenal pasti pembinaan Hospital Hang Tuah Jaya di Durian Tunggal sebagai keperluan mendesak bagi menangani masalah...

More Articles Like This