PM tak mahu dasar beri kesan negatif pada rakyat, penyasaran subsidi RON95 dianjakkan sedikit – Fahmi

Dari Penulis

PENYASARAN subsidi RON95 yang sebelum ini dirancang dilaksana pada separuh kedua 2025 dianjakkan sedikit tempoh pelaksanaannya.

Perkara itu dinyatakan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang media hari ini.

Menurut Fahmi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu dasar yang dilaksanakan kerajaan akan mendatangkan kesan negatif kepada majoriti rakyat.

Sehubungan itu, kata beliau, pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 itu sedang diteliti dan diperhalusi dengan lebih lanjut.

Mengambil contoh pelaksanaan beberapa dasar sebelum ini seperti subsidi diesel dan ikhtiar lain, Fahmi berkata perkara itu diteliti dari segi mekanisme penyaluran supaya tidak memberi kesan berantai atau knock-on effect kepada rakyat.

“Kalau kita lihat dalam isu peluasan skop SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) juga, ada beberapa perkara yang telah diteliti setelah diumumkan, maka beberapa penyesuaian dilaksana.

“Samalah juga dengan dasar-dasar yang belum dilaksana tetapi telah dibayangkan atau disebut sebelum ini mengenai RON95.

“Perdana Menteri ada menyentuh hal ini dalam permukiman dengan Ahli-Ahli Parlimen sebelum ini dan beliau (Anwar) berhasrat untuk memastikan ia tidak mendatangkan kesan yang negatif kepada rakyat.

“Sedang diperhalusi. Penelitian itulah yang menganjakkan sedikit garis masa (rasionalisasi subsidi RON95) tersebut,” katanya.

Pada Mei lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksanakan pada separuh kedua 2025, dengan memastikan golongan yang akan menerima sokongan subsidi itu dikenal pasti secara tepat.

Berhubung Program Ukhuwah Kepimpinan Kerajaan MADANI yang diadakan bersempena dengan permukiman anggota pentadbiran dan Ahli Parlimen semalam, Fahmi berkata Perdana Menteri dan Jemaah Menteri berharap program seperti itu dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mengukuhkan komunikasi antara Ahli Parlimen dengan pentadbiran.

Baca artikel lain: Penghargaan luar biasa kepada rakyat diumum esok atau Rabu, kata Perdana Menteri

Beliau berkata program itu berjaya memperkukuh semangat silaturahim dalam kalangan wakil rakyat serta memberikan ruang kepada pentadbiran untuk menyampaikan maklumat persiapan menjelang persidangan Parlimen.

“Selain memupuk semangat silaturahim dan juga ukhuwah sesama Ahli Parlimen daripada pelbagai latar belakang, negeri dan parti, (permukiman ini juga membolehkan) isu-isu tentang persiapan sidang Parlimen dapat kita bincangkan termasuk rang undang-undang dan beberapa perkara menjurus ke arah pembentangan RMK13 (Rancangan Malaysia Ke-13),” katanya.

Mengulas mengenai kemalangan jalan raya melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak pada 9 Jun lepas, Fahmi berkata Kementerian Pengangkutan akan memaklumkan perincian mekanisme penguatkuasaan yang lebih terancang, tersusun dan menyeluruh dalam masa terdekat.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan sedang meneliti bukan sahaja insiden itu secara khusus, tetapi juga secara umum melibatkan pemandu-pemandu bas bagi memastikan mereka memandu dengan selamat dan tidak berlaku sebarang keadaan yang tidak diingini.

Sementara itu, menyentuh mengenai penubuhan Majlis Kebudayaan Negara di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Fahmi berkata Perdana Menteri meminta semua kementerian berkaitan memberikan kerjasama dalam usaha memperkasakan kebudayaan dan ekonomi kreatif negara.

“Majlis ini turut menyentuh aspek ekonomi jingga (orange economy) yang melibatkan ekonomi kreatif … ada beberapa perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi yang juga akan kami usahakan untuk bantu melaksanakan pandangan dan nasihat daripada Majlis Kebudayaan Negara,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This