Kes Zara Qairina: Armada Bersatu tuntut Fadhlina, Saifuddin Nasution letak jawatan, desak tubuh inkues khas

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ANGKATAN Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menuntut supaya Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meletakkan jawatan serta-merta susulan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Ketua Armada Bersatu Malaysia, Hilman Idham mendesak supaya Fadhlina dan Saifuddin Nasution mengambil tanggungjawab penuh terhadap kegagalan itu yang mencetuskan gelombang kemarahan rakyat khususnya di Sabah.

Menurut Hilman, perhimpunan besar-besaran rakyat di Sabah, semalam telah menandakan keruntuhan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan sistem kenegaraan.

Hilman berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi jaminan keadilan akan ditegakkan, namun himpunan itu memperlihatkan kesedaran dan kebangkitan rakyat yang tidak lagi yakin dengan sistem pendidikan, penguatkuasaan undang-undang dan keadilan.

Pada masa sama, beliau berkata, Armada Bersatu turut menggesa Perdana Menteri dan Kabinet untuk segera menubuhkan sebuah inkues khas bagi menyiasat kes kematian tersebut.

“Ternyata Menteri Pendidikan (Fadhlina) dan Menteri Dalam Negeri (Saifuddin Nasution) gagal untuk menangani kes ini dengan baik.

“Kecelaruan dan ketempangan dalam pengurusan kes serta siasatan jelas terserlah. Sehinggakan persoalan asas, mengapa prosedur post mortem tidak dijalankan tidak dapat ditanggapi oleh kerajaan sehingga hari ini. Bukankah ini merupakan prosedur operasi standard (SOP) asas?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Prosedur bedah siasat, gali semula kubur Zara Qairina dibuat segera berpandu undang-undang

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kubur jenazah Zara Qairina digali semula.

Menurut AGC, langkah tersebut bertujuan untuk memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan.

Sebelum ini, AGC sudah menerima laporan penuh siasatan awal kes itu tetapi menyerahkan semula kepada polis untuk melengkapkan siasatan.

Allahyarham Zara Qairina yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun pada 31 Julai lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan pihak polis tidak menolak kemungkinan unsur buli terbabit dalam kejadian berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN, PRU: Tak tercalon ‘duduk diam-diam’, rezeki itu rahsia Tuhan

DALAM mana-mana pilihan raya, baik Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Pilihan Raya Negeri (PRN) juga Pilihan Raya Kecil (PRK),...

More Articles Like This