Rayuan Siti Bainun gagal, kekal dipenjara 12 tahun

Dari Penulis

PENGASAS Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella, kekal dipenjara selama 12 tahun.

Keputusan sabitan dan hukuman itu dikekalkan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azman Abdullah.

Turut bersidang bersama adalah Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz yang menolak rayuan akhir Siti Bainun itu.

Menurut Azman, panel hakim membuat keputusan sebulat suara itu selepas mendapati tiada apa-apa kekhilafan dari segi fakta dan undang-undang yang dibuat hakim Mahkamah Tinggi atas dapatan terperinci hakim Mahkamah Sesyen.

“Setelah meneliti keseluruhan keterangan yang diberikan pihak pendakwaan dan pembelaan, kami mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya atas kedua-dua pertuduhan, melampaui keraguan munasabah.

“(Dan) perayu telah gagal untuk menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Dengan ini sabitan bagi kedua-dua pertuduhan adalah selamat untuk dikekalkan, rayuan atas sabitan adalah ditolak,” katanya.

Pada 3 Mei 2023, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhi hukuman itu selepas Siti Bainun didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13.

Baca artikel lain: Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella

Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Siti Bainun turut diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, antara Februari hingga Jun 2021.

Wanita itu kemudian dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman ditolak oleh Mahkamah Sesyen.

Pada 2 Mei 2024, Mahkamah Tinggi juga menolak rayuan Siti Bainun untuk mengetepikan sabitan dan hukuman itu dan dia kemudiannya merayu keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi juga telah menolak permohonan Siti Bainun untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjaranya sementara menunggu penyelesaian rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Beliau kemudiannya merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara ke Mahkamah Rayuan, tetapi kemudian menarik balik rayuan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This