TIADA nasihat diberikan mengenai prosedur bedah siasat antara satu daripada faktor yang membuatkan Noraidah Lamat menandatangani dokumen bedah siasat anaknya, arwah Zara Qairina Mahathir.
Menurut Noraidah, beliau pada ketika itu juga berada dalam keadaan terkejut, panik dan tidak dapat membuat keputusan yang wajar ketika kejadian.
“Saya terkejut, panik dan tidak dapat membuat keputusan yang wajar ketika kejadian. Tiada nasihat diberikan dan jika kami tahu, kami tidak akan tandatangan dokumen menolak bedah siasat itu.
“Tiada penjelasan yang jelas dan kami memang tidak biasa dengan kes seperti ini. Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat. Jika kami tahu (kepentingan membuat bedah siasat), kami tidak akan tandatangan dokumen bagi menolak bedah siasat itu,” katanya dalam satu komen di Facebook.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, wujud unsur ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh Pegawai Penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina.
Beliau berkata, perkara itu merupakan antara dapatan awal siasatan oleh Pasukan Petugas Khas (Task Force) di peringkat Bukit Aman, yang telah bermula pada 11 Ogos lepas.
Dapatan atau penemuan awal pasukan ini mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan, di mana pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk prosedur bedah siasat (post-mortem).
“Itu jelas dalam siasatan Task Force, dan saya beri jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap Pegawai Penyiasat tersebut, dan Ketua Bahagiannya kerana tiada pendirian.
“Bagaimanapun, saya perlu dedahkan bahawa terdapat persetujuan atau permohonan daripada ibu mangsa yang mohon supaya bedah siasat tak dibuat, dan ini direkodkan dengan tandatangan ibu mangsa dalam satu surat atau dokumen pihak hospital, dokumen itu juga ditandatangani oleh doktor patologis dan pegawai penyiasat,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

