Operasi penerbangan babit pesawat F/A 18D Hornet digantung – TUDM

Dari Penulis

OPERASI penerbangan membabitkan pesawat F/A 18D Hornet digantung buat sementara waktu, kata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

Jelas beliau, keputusan itu dibuat bagi memudahkan lembaga siasatan melakukan siasatan teliti terhadap insiden pesawat berkenaan.

“Selagi benda ini tidak dapat dikenal pasti adalah tidak wajar kita ‘flight’, sekiranya berpunca enjin tersebut, kita kena siasatan penuh kerana tidak mahu kejadian sama berulang tanpa siasatan menyeluruh dilaksanakan.

“Sekiranya kita boleh kenalpasti lembaga akan bersidang dan kita akan buat ketetapan,” katanya memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Difahamkan pada masa ini TUDM mempunyai tujuh pesawat F/A 18D Hornet selepas sebuah pesawat musnah dalam kejadian semalam.

Muhamad Norazlan juga mengesahkan kedua-dua anak kapal yang berada dalam pesawat tempur itu dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. 

“Juruterbang pesawat itu adalah Mejar Azhar Alang Kamarudin, 34, manakala jurusensor senjata, Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28.

“Mejar Azhar mengalami kecederaan kesan terbakar pada bahagian kaki kiri, manakala Kapten Mohamad Izzuddin pula hanya dikesan mempunyai kesan lebam-lebam pada beberapa bahagian badan,” katanya.

Pesawat itu bagaimanapun musnah 100 peratus, kata Muhamad Norazlan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis buru lelaki curi beg penuntut dalam masjid di Alor Gajah

POLIS sedang giat memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri beg milik seorang penuntut universiti tempatan dalam ruang solat wanita...

More Articles Like This