Ahli Parlimen BN mahu cadangan RUU Pembaharuan Semula Bandar ditangguhkan – Tok Mat

Dari Penulis

RANG Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) wajar ditangguhkan mengambil kira kebimbangan serta bantahan dibangkitkan banyak pihak.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui, perkara yang menjadi isu hangat itu turut dibincangkan dalam kalangan Ahli Parlimen BN.

Jelas Ahli Parlimen Rembau itu, RUU berkenaan perlu dilihat semula dengan memberi ruang perbincangan secara menyeluruh membabitkan semua pihak.

“Saya berpandangan RUU Pembaharuan Semula Bandar ini yang telah pun dibaca untuk kali pertama (di Dewan Rakyat) dicadangkan untuk (dinilai semula dari segi) kelompangan.

“Saya telah mengadakan mesyuarat dengan semua Ahli Parlimen BN, dengan semua menyatakan kebimbangan serta mahu supaya RUU itu ditangguhkan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan kebajikan di Dewan Orang Ramai Rantau, hari ini.

RUU PSB 2025 dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebelum ini.

Baca artikel lain: Inkues: Mahkamah benarkan ibu Zara Qairina, peguam jadi pihak berkepentingan sepanjang prosiding

Ia bertujuan memastikan kawasan perumahan lama yang uzur, daif dan usang dapat dibangunkan semula secara lebih terancang, adil serta inklusif demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan bandar yang mampan.

Dalam pada itu, Mohamad berkata selain perlu dilihat dan dikaji semula, perbincangan lanjut juga perlu diadakan terlebih dulu dengan semua pihak.

“Ia penting supaya tidak ada mana-mana pihak apabila RUU PSB itu diluluskan kelak akan ada yang menjadi mangsa,” katanya.

Mengenai kebimbangan berkait RUU itu, beliau berkata jika ia diluluskan nanti akan memberi kuasa untuk membangunkan sesuatu kawasan tanpa mendapat restu daripada pemilik.

“Kami (Ahli Parlimen BN) amat risau dengan ambang yang dinyatakan, sepatutnya kita mesti mendapatkan 100 peratus persetujuan daripada semua pemilik premis tapi ini kita nak turunkan kepada 80 peratus saja. Apa jadi dengan hak 20 peratus ini… ini perlu kita lihat.

“Misalnya nak bangunkan di Rantau ini, mereka boleh bangunkan kawasan tanpa mendapat restu daripada pemilik dan syarikat boleh bertindak membangunkan mana-mana kawasan yang dia suka.

“Jadi, ini kerisauan dan saya membawa suara daripada semua Ahli-Ahli Parlimen BN supaya menangguhkan RUU ini. Pastikan supaya semua pihak yang terbabit dibawa berunding dulu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This