MALAYSIA menyatakan tekad untuk memelihara konsep ‘centrality’ yang dimiliki oleh ASEAN dalam menjamin kerjasama lebih inklusif, terbuka dan berpaksikan hukum.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tatkala dunia hari ini dilanda dengan pelbagai cabaran, ASEAN mesti kekal sebagai medium utama rantau ini.
“Tujuh dekad yang lalu di kota Bandung, Indonesia, para pemimpin Asia dan Afrika bertemu di Konferensi Asia-Afrika 1955 telah bangkit menegaskan bahawa bangsa-bangsa yang baru merdeka dan sedang memperjuangkan kemerdekaan tidak harus kekal sebagai penonton.
“Semangat mempertahankan kedaulatan dan solidariti yang dipertegaskan di Bandung masih relevan hingga kini yang tentunya menjadi panduan bahawa kebebasan adalah asas penting untuk mana-mana negara bangsa.
“Tatkala dunia hari ini dilanda perang dagang, pentas geopolitik yang terus menggugah dunia, serta persaingan teknologi yang masih mengganas, kita teguh menegaskan bahawa ASEAN mesti kekal sebagai medium utama rantau ini.
“Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini bertekad dalam memelihara peranan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.
Katanya lagi, di era kesalingbergantungan yang semakin kompleks hari ini, ASEAN ternyata tidak boleh terus tunduk pada hegemoni atau tidak juga terjebak dan terheret dalam pengasingan.
“Yang utama adalah mengangkat prinsip ‘sovereign interdependence’, yakni satu konsep keterhubungan yang berasaskan pilihan dan ketangguhan.
“Ini jalan serta jalurnya dalam menjamin Asia, dengan ASEAN sebagai nadinya, terus memimpin rantau dan dunia ke arah keterbukaan, kesaksamaan dan kemakmuran bersama,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

