PARTI Warisan (WARISAN) memutuskan untuk bertanding di kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17), tanpa bekerjasama dengan mana-mana parti politik lain.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi WARISAN yang telah dipengerusikan olehnya semalam.
“Parti telah memutuskan secara sebulat suara untuk bertanding 73 kerusi DUN. Maknanya tiada gabungan atau kerjasama dengan parti lain. Jangan percaya jika ada gambaran sebaliknya.
“Ini keputusan parti, bukan keputusan presiden seorang,” katanya seperti dilapor Bernama.
Baca artikel lain: UtusanTV, Agrobank erat hubungan
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan.
Mengikut peruntukan, DUN Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 November ini sekiranya ia tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN-17.
Mohd Shafie menegaskan, WARISAN hanya akan bekerjasama dengan rakyat Sabah, dengan memberi tumpuan memenuhi keperluan asas seperti bekalan air, elektrik dan prasarana jalan raya di seluruh negeri.
Mengulas lanjut mengenai keputusan untuk bergerak solo, beliau berkata, pengalaman kerjasama dengan pelbagai parti politik gagal membuahkan hasil positif kerana lebih tertumpu kepada perebutan kerusi serta jawatan.
“Kebimbangan mereka (parti lain) hanya berapa kerusi yang dapat, kemudian minta jawatan menteri. Kalau tidak dapat, mereka melompat lagi. Itu pengalaman yang boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat Sabah,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

