12 individu ditahan bantu siasatan pelajar jatuh tingkat 3 asrama – MB Selangor

Dari Penulis

SERAMAI 12 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden pelajar Tingkatan Tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seorang daripada mereka yang ditahan dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan kejadian berkenaan.

“Maklumat awal yang saya terima daripada polis menyatakan 12 orang ditahan. Seorang daripada mereka dipercayai ada kaitan, namun saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan profesional.

“Kita beri ruang kepada polis untuk mendapatkan kebenaran dan saya percaya pihak berkuasa akan memastikan keadilan ditegakkan dalam kes ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Syarahan Sempena Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen MBSA, hari ini.

Amirudin berkata, kerajaan negeri turut mengambil langkah proaktif dengan mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung keadaan mangsa.

Baca artikel lain: Johor alami gempa bumi lagi, kali ini pagi tadi pada magnitud 3.4

“Datuk Rizam telah pun bertemu dengan keluarga mangsa termasuk ibu dan bapa tirinya. Kerajaan negeri bersedia memberikan sokongan terhadap apa jua langkah yang akan diambil demi menjamin keadilan dan siasatan yang adil terhadap insiden ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor juga diminta untuk memberikan pemantauan rapi terhadap mangsa.

“EXCO Kesihatan Awam, Jamaliah Jamaluddin akan memaklumkan perkembangan terkini selepas mendapat laporan daripada Jabatan Kesihatan. Sudah pasti, keadaan mangsa berada dalam pemantauan rapi kerana beliau antara saksi utama kejadian.

“Insya-Allah, pihak kesihatan sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa mangsa dan memastikan dia mampu memberi keterangan tentang apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan mangsa, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, 15, kini dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat kecederaan parah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar sebelum ini memaklumkan, pihaknya membuka kertas siasatan sebaik menerima laporan kejadian dan menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama serta latar belakang sosial mangsa dan rakan-rakannya.

Difahamkan, beberapa petugas sekolah turut dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan yang sedang giat dijalankan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This