LIMA warganegara Bangladesh ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan pasport bagi tujuan pemeriksaan kesihatan FOFEMA dalam operasi khas di dua lokasi berasingan di ibu negara, semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Zakaria Shaaban berkata, dua daripada lima suspek dipercayai dalang utama sindiket manakala tiga lagi suspek dipercayai ahli sindiket tersebut.

“Berdasarkan maklumat Bahagian Perisikan Operasi Khas JIM sebulan lalu, operasi dijalankan di dua premis kediaman di Jalan Jelawat dan Jalan Razak Mansion kira-kira jam 9.40 pagi.
“Modes operandi sindiket ini membuat dan mencetak pasport palsu untuk tujuan penggunaan mereka yang ingin memohon atau membuat pemeriksaan kesihatan FOMEMA.

“Jadi mereka mencetak pasport palsu bagi pihak orang lain, jadi orang tidak sepatutnya itu tidak buat pemeriksaan kesihatan tetapi dalam pasport palsu tertera muka dia sama macam pasport asli tapi orang berbeza,” katanya pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.
Tambahnya, ahli sindiket yang sihat kemudiannya akan membawa pasport palsu berkenaan di klinik yang dikenal pasti untuk pemeriksaan kesihatan FOMEMA.

Siasatan mendapati selepas selesai pemeriksaan kesihatan itu, sindiket kemudian akan melupuskan pasport berkenaan.
“Setiap pasport palsu ini dikenakan caj RM150 hingga RM250 setiap satu.

“Dia tidak tertumpu pada satu klinik, mungkin orang sama tapi guna pasport palsu berbeza, dia ke klinik A, kemudian ke klinik B dan seterusnya.
“Kita percaya dia telah beroperasi sejak tiga bulan lepas,” ujarnya
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

