PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan prestasi sistem pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilaporkan lancar sejak beberapa hari lalu.
Katanya, meskipun berlaku gangguan semua masalah berjaya ditangani dan sistem kini berfungsi dengan baik.
“Saya tengok tadi bukan satu tapi ada tujuh, lapan (penerima SARA) saya periksa, semua nampak berjalan baik.
“Hari pertama dan kedua memang ada sedikit ‘glitch’ (gangguan sementara) tapi sekarang lancar, dalam empat lima hari ini tiada satu pun aduan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program outreach SARA di Pasaraya Ekonomi Rakyat di Kupang, hari ini.
Anwar menegaskan pelaksanaan program SARA tidak tertumpu kepada pasar raya besar tetapi turut merangkumi kedai runcit dan pasar raya di kawasan luar bandar.
Baca artikel lain: Inkues Zara Qairina: AGC pantau komen di media sosial pertikai prosiding
Katanya, dakwaan SARA hanya memanfaatkan pasar raya besar adalah tidak benar kerana premis berskala kecil turut tersenarai dalam pelaksanaannya.
“Pertama, bukan saja pasar raya besar, yang kecil pun termasuk. Keduanya, kita sekarang galakkan tambahan produk tempatan.
“Kita tengok macam kopi, kopi Baling, kemudian ada kicap dari Kuala Kedah, Alor Setar atau pun di Kelantan.
“Barangan daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) juga diberi perhatian supaya pengguna boleh membelinya melalui program SARA,” katanya.
Mengenai keperluan tindakan tambahan terhadap sistem berkenaan, Anwar berkata, sebarang penambahbaikan bantuan lain akan dibincang dalam Belanjawan 2026.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan memberi jaminan penambahbaikan sistem SARA akan dilakukan secara harian.
Ia khususnya bagi menampung peningkatan jumlah pengguna pada hujung minggu dan menjelang sambutan perayaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

