KETUA Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyindir parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang galak mengejar jawatan tertinggi dalam negara tanpa menyedari kebolehan parti sendiri.
Sindiran itu disampaikan Muhammad Sanusi ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-71, Alor Setar, hari ini.
Menurut Muhammad Sanusi, parti rakan dalam PN bergantung kepada peralatan yang terpaksa dibayar oleh Pas untuk bertanding dengan parti itu mengenakan bayaran RM1,200 untuk setiap unit peti undi (UPU) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Semua peralatan kita bayar, mereka datang bertanding saja. Lepas itu, nak jadi ketua tapi duit tak ada dan jentera pun tak ada. Jangan sampai kita ungkit semua.
“Kita berharap rakan-rakan kita memahami situasi yang kita akan hadapi pada masa depan. Mereka kena juga berkorban dari bawah sampai ke atas seperti kita yang buat,” katanya.
Muhammad Sanusi berkata, berdasarkan jangkaan pilihan raya, kos menyertai PRU16 untuk satu Parlimen ialah RM1 juta, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM60 juta jika mahu memenangi 60 kerusi.
“Persiapan kewangan ini penting kerana kalau tidak kuasai semua teknologi dan aplikasi yang ada di depan kita, kita terpaksa menanggung kos lebih mahal apabila bergantung kepada kaedah konvensional,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

