SEORANG anggota polis bantuan yang sedang bertugas di pos kawalan Felda Kechau 8, Kuala Lipis cedera selepas lokasi tugasannya itu dirempuh treler, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man memaklumkan, anggota polis bantuan berusia 23 tahun itu sedang bertugas bersama seorang lagi anggota berusia 32 tahun ketika kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu.
Menurut beliau, kejadian itu turut menyebabkan pemandu treler terbabit yang berusia 28 tahun cedera.
Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas treler tanpa muatan itu sedang dalam perjalanan dari Kampung Sungai Temau ke Kuantan terbabas.
Baca artikel lain: 3 ditahan disyaki cederakan Ketua Polis Dang Wangi – KPN
“Treler itu merempuh pos pengawal dan melanggar sebuah kereta diletakkan berhampiran tempat kejadian hingga menyebabkan seorang anggota polis bantuan yang berada di dalam pos pengawal cedera manakala seorang lagi anggota berusia 32 tahun terselamat.
“Rempuhan itu menyebabkan bumbung dan dinding pos pengawal runtuh serta menghempap motosikal milik seorang polis bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ismail berkata, pemandu treler dan polis bantuan dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan.
Katanya, punca sebenar kemalangan sedang disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

