TIMBALAN Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan ditahan akibat kes dadah, semalam adalah pegawai sokongan dari Jabatan Peguam Negara (AGC).
Sehubungan itu, SPRM akan mencadangkan supaya TPR yang baru melaporkan diri minggu lalu itu supaya direhatkan daripada menjalankan tugas sementara siasatan lanjut dijalankan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan awal itu akan dicadangkan kepada AGC dengan perbincangan awal telah pun dilaksanakan.
Menurut Azam, kes itu adalah sesuatu yang tidak dijangka, justeru pihaknya dan AGC menyerahkan kepada siasatan polis.
“Kebiasaannya kes begini, saya akan cadangkan kepada Peguam Negara (Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar) supaya pegawai ini direhatkan dahulu daripada menjalankan sebarang pendakwaan kes di mahkamah.
“Kes ini baru berlaku semalam (Selasa) dan saya segera berbincang dengan Peguam Negara.
“Saya ada bercakap dengan Peguam Negara dan kami bersetuju menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. Jika ada kes, polis akan membawanya ke mahkamah,” katanya seperti dilapor Sinar Harian Online.
Baca artikel lain: Timbalan Pendakwa Raya baru lapor diri ditahan, SPRM tegaskan tidak kompromi
Mengulas mengenai soal tapisan terhadap pegawai terbabit sebelum ditugaskan di SPRM, Azam menjelaskan perkara itu di bawah bidang kuasa AGC.
“Ini kerana beliau (pegawai TPR) telah berkhidmat di bawah AGC dan saya jangka sudah melalui segala tapisan. Termasuklah ujian saringan dadah yang wajib dibuat kepada semua penjawat awam termasuk TPR.
“Bagi saya, jika benar berlaku, ini adalah tindakan individu itu sendiri,” katanya.
Terdahulu, SPRM dalam kenyataan menegaskan tidak akan berkompromi dengan salah laku, pelanggaran undang-undang atau perbuatan jenayah oleh mana-mana pegawai atau kakitangannya.
TPR SPRM itu telah ditahan di rumahnya, semalam dengan pemeriksaan polis turut menemui bahan terlarang disyaki dadah.
Individu tersebut telah direman selama tiga hari sehingga 25 September ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

