PM tegaskan kepentingan Malaysia, AS muktamad Perjanjian Perdagangan Timbal Balas

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) untuk memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang sedang dirundingkan ketika ini.

Penegasan itu disuarakan Perdana Menteri ketika menerima kunjungan hormat Wakil Perdagangan AS (USTR), Jamieson Greer di pejabatnya, hari ini.

Menurut Anwar, Perjanjian Perdagangan Timbal Balas itu akan turut mendorong ketentuan arah tuju dasar serta perancangan komuniti perniagaan kedua-dua negara.

“Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang mengamalkan ekonomi terbuka sentiasa menjalin hubungan baik dengan semua rakan-rakan perdagangannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan hormat Wakil Perdagangan AS (USTR), Jamieson Greer di pejabatnya, hari ini. GAMBAR: Pejabat Perdana Menteri

Baca artikel lain: Perdana Menteri akan sampaikan Syarahan Presiden di Istana Presiden Timor-Leste

“Lantas akan dapat mendorong pertumbuhan ekonomi domestik yang mapan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kunjungan hormat Greer bersama delegasi itu adalah sempena kehadiran ke Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di ibu negara.

“Dalam pertemuan ini, kami bertukar pandangan berkaitan hubungan strategik kedua-dua buah negara serta ASEAN terutama dari perspektif perdagangan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This