PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar kesemua sukarelawan yang mengikuti konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk dari Malaysia terus diberikan kekuatan.
Beliau pada masa sama berharap kesemua mereka terbabit yang kini berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk diserang oleh dron terus kekal cekal.
Katanya, konvoi yang membawa misi kemanusiaan buat rakyat di Gaza itu akan diterus didukung oleh masyarakat di seluruh dunia.
“Penghargaan setingginya kepada kedua-dua kerajaan Itali dan Sepanyol yang telah menghantar kapal perang tentera laut bagi melindungi konvoi GSF yang kini semakin menghampiri Semenanjung Gaza,” katanya di Facebook, malam ini.
Baca artikel lain: SPRM sedang kesan Mohd Asri Mahmood
Terkini beberapa bot yang menyertai misi GSF terpaksa menarik diri dalam pelayaran ke perairan Gaza semalam, sekali gus menyebabkan rombakan besar perlu dilakukan sebelum misi dapat diteruskan.
Pengarah Media Muslim Care Malaysia, Tuan Asri Tuan Hussein berkata, setakat jam 12 tengah hari (waktu di Laut Mediterranean), flotila itu sudah tiba di selatan perairan Greece, membabitkan hampir 30 bot.
“Kalau mengikut perancangan, kita sepatutnya jalan terus dan tidak berhenti di Greece, tetapi ada sebab tertentu semalam. Beberapa jumlah kapten dengan pembantunya menarik diri (daripada menyertai misi) menyebabkan rombakan perlu dibuat.
“Kita tidak tahu lagi jumlah sebenarnya (bot dan peserta terlibat) dan sebab mereka menarik diri, jadi penganjur kena pindahkan semula penumpang memasuki bot lain atau kapten baharu termasuk bot yang saya naiki,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

