SEBUT sahaja pasar tani pasti semua pihak tahu akan fungsi dan manfaatnya, namun begitu tahukah anda bahawa ia merupakan cetusan idea daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar menerusi hantaran di Facebook mengimbau kembali bagaimana idea pasar tani terhasil sehingga kini usianya sudah pun mencecah 40 tahun.
“Pagi tadi saya telah menghadiri Majlis Perasmian Pasar Tani Putrajaya dan sambutan ulang tahun penubuhan pasar tani yang ke-40 peringkat kebangsaan dengan perasaan yang agak terharu dan membuak-buak.
“Ini kerana inisiatif pasar tani merupakan satu gagasan ampuh yang diperkenalkan saya sewaktu menjawat jawatan Menteri Pertanian pada tahun 1985.
“Ia sebagai wahana dan medan kepada para petani dan pengeluar kecil untuk menjual hasil-hasil mereka, dan dalam masa yang sama menolak peranan orang tengah atau kartel yang menekan harga.
Baca artikel lain: SPRM sedang kesan Mohd Asri Mahmood
“Pasar Tani pertama telah dibuka di Kompleks Bilik Sejuk FAMA di Tampoi, Johor Bahru, dan saya telah hadir merasmikannya pada 31 Januari 1985.
“Ia menjadi detik bersejarah tatkala buat julung kalinya para pengeluar dapat bersemuka terus dengan pengguna dan pembeli,” katanya hari ini.
Katanya lagi, pada awal penubuhan dahulu, pasar tani hanya berjumlah 12 buah sahaja, dengan penyertaan seramai 317 orang peserta, selain nilai jualan pada ketika itu sekitar RM1.4 juta setahun.
“Nilainya agak kecil pada waktu itu, tetapi sangat bermakna. Hari ini, setelah berpuluh tahun berlalu, saya melihat sendiri bagaimana gagasan ini berkembang dan terus memberi manfaat luas kepada rakyat.
“Inisiatif kecil yang dimulakan pada masa lalu kini terpasak sebagai legasi yang terus memartabatkan petani dan pengeluar tempatan, mengurangkan jurang harga, dan yang terpenting ia mampu mengangkat maruah petani, nelayan dan penternak kita,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

