Kecam Trump berkaitan Palestin di bumi Malaysia lebih gah dan berani – PU Rahmat

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEDATANGAN Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia sedikit sebanyak mengiktiraf kepentingan ASEAN dalam kek ekonomi dunia masa kini, kata salah seorang peserta misi kemanusiaan flotilla ke Gaza, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat.

Rahmat menerusi kenyataan yang dimuatnaik di media sosial berkata, Malaysia juga boleh menggunakan peluang kedatangan Trump itu untuk membincangkan semula perihal tarif dan polisi berkaitan semi konduktor.

Malah, kata Rahmat, peluang itu juga boleh digunakan untuk Malaysia mengecam Trump berkaitan Palestin walaupun sudah ramai pemimpin negara lain mengecam AS di persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Saya berbeza pandangan berkaitan kehadiran Trump ke Malaysia. Dia lebih baik datang ke Malaysia. Mengecam Trump berkaitan Palestin dirumah kita sendiri lebih gah dan berani.

“Walaupun Trump tidak peduli pun kena kecam sebab sudah berpuluh Presiden dan Wakil Negara mengecam AS di PBB namun mereka buat tidak tahu saja. Cuma kali ini Malaysia berpeluang lebih gagah sedikit mengecam di rumah sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, Rahmat berkata, walaupun ada kemungkinan pendapat penerimaan kedatangan Trump ke Malaysia sebagai tidak sentitif terhadap Gaza, tetapi beliau percaya Malaysia di mata rakyat Gaza sudah cukup besar jiwanya dengan menjadi penaung rasmi Global Sumud Flotilla.

Malah, kata Rahmat, Malaysia ialah satu-satunya negara Islam yang berani menjadi penaung rasmi sehingga digelar ‘Enemy State’ oleh Israel.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This