12 rakyat Malaysia ditahan Israel, Ardell Aryana & seorang lagi gagal dihubungi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana dilaporkan masih belum dapat dihubungi selepas kapal yang disertainya dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) diserang tentera laut Israel pada pagi Khamis.

Perkara itu disahkan oleh Sumud Nusantara Command Center (SNCC) menerusi kenyataan media yang memaklumkan dua rakyat Malaysia hilang hubungan komunikasi sejak insiden berlaku.

“SNCC mengesahkan bahawa seramai dua orang delegasi Malaysia yang berada di kapal Mikena dan Inana tidak dapat dihubungi sejak serangan berlaku.

“Senarai nama adalah Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardell Aryana) dan Razali Awang,” jelas kenyataan tersebut.

Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Halim Araby turut mengumumkan perkara itu dalam sidang media khas, sambil menegaskan usaha sedang dijalankan bagi mendapatkan perkembangan terkini kedua-dua delegasi berkenaan.

Ardell difahamkan berada di kapal Mikena, salah sebuah kapal yang menyertai misi memecahkan sekatan rejim Zionis serta menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Dalam kenyataan sama, SNCC turut mengesahkan 12 rakyat Malaysia dipercayai ditahan selepas kapal mereka dipintas tentera Israel. 

Antara yang berada dalam tahanan termasuk penyanyi Zizi Kirana di kapal Huga, selain Datin Seri Heliza Helmi dan adiknya Hazwani yang menaiki kapal Hio.

SNCC bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya aktivis Malaysia diseksa atau berlaku tembakan, dan mengesahkan tiada laporan bunyi senjata api direkodkan setakat ini.

Misi GSF yang disertai lebih 300 aktivis antarabangsa dari 30 negara itu membawa bekalan makanan serta perubatan ke Gaza, namun usaha tersebut sekali lagi disekat tentera laut Israel.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This