KUNCI utama pembebasan 23 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) Malaysia yang ditahan rejim zionis Israel adalah mengikuti saranan yang telah diberikan sebelum berlepas dari Catania, Itali dan Tunisia.
Itu merupakan keutamaan ketika ini seperti dimaklumkan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Menurut Azril, saranan yang telah diberikan kepada peserta GSF itu juga merupakan intipati kerjasama dan kesepakatan dengan rakan-rakan guaman daripada Pusat Undang-Undang Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH).
“Ia juga termasuk negara-negara lain yang berhempas pulas demi keselamatan dan kebebasan peserta GSF dari 44 negara.
“Penat lelah biarlah kami sama-sama tanggung, sindiran dan lekehan pun kami telan – itu lumrah biasa kehidupan.
“Yang penting, kami tetap fokus pada tugasan sukarela ini,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Kenyataan Ben Gvir biadab, aktivis GSF hanya bawa bantuan kemanusiaan – Anwar
Dalam hantaran itu, Azril turut kongsikan gambar pasukannya berada di hadapan pintu masuk Jambatan Hussein, iaitu salah satu laluan menghubungkan Jordan dengan Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT).
Beliau berkata, laluan itu berkemungkinan akan digunakan sebagai jalan keluar sekiranya peserta dibebaskan dalam masa terdekat.
“Semoga Allah SWT menerima doa dan ikhtiar kita semua, dan mereka dapat segera kembali ke tanah air dengan selamat,” katanya.
Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).
Yang lain termasuk Razali Awang (kapal Inana); pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

