Pelan damai AS tak sempurna tapi keutamaan selamatkan nyawa rakyat Palestin – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PELAN damai di bumi Gaza yang dibentangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump disifatkan bukan suatu cadangan yang sempurna bagi memastikan keamanan di wilayah tersebut.

Bahkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sebahagian besar daripada cadangan itu tidak dipersetujui.

Bagaimanapun, kata beliau, keutamaan dunia ketika ini adalah untuk menyelamatkan nyawa rakyat Palestin.

“Kita boleh terus berpolemik dan berpencak lidah di sini tetapi hakikatnya yang merana ialah puluhan ribu nyawa yang sudah terkorban di Gaza.

“Tanggungjawab kita adalah menghentikan kezaliman zionis, memastikan bantuan makanan dan minuman sampai serta menyalakan harapan buat mereka yang masih bertahan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Kenyataan Ben Gvir biadab, aktivis GSF hanya bawa bantuan kemanusiaan – Anwar

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menegaskan, ‘restu’ yang diberikan negara-negara Arab dan Islam terhadap cadangan Trump itu bukan tanda setuju kepada semua yang digariskan dalam pelan tersebut.

Beliau berkata, ‘restu’ itu adalah langkah bersama untuk menghentikan pertumpahan darah.

Pada masa sama, katanya, ia bagi memberi peluang kepada rakyat Gaza kembali ke tanah air mereka dan menolak pengusiran.

“Malaysia akan berdiri teguh bersama Gaza, terus memantau, terus bersuara dan terus membongkar kemunafikan zionis agar nyawa dan maruah yang tersisa tetap dipertahankan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This