PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berkongsi perkembangan terkini berhubung usaha pembebasan 23 aktivis Malaysia terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini berada dalam tahanan Israel.
Kemas kini terbaharu itu akan disampaikan Perdana Menteri pada pukul 4.30 petang ini.
Taklimat terbaharu itu dijangka dapat diikuti secara langsung menerusi akaun media sosial Perdana Menteri.
Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).
Yang lain termasuk Razali Awang (kapal Inana); pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).
Selain itu, Perdana Menteri juga akan turut menyentuh mengenai inisiatif Pelan Damai Gaza yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Baca artikel lain: Turkiye, Jordan beri jaminan bantu bawa pulang aktivis GSF Malaysia
Terdahulu, Hamas menyatakan kesediaan untuk segera memasuki rundingan berdasarkan pelan damai Gaza yang dikemukakan Trump itu.
Hamas dilapor bersedia menerima beberapa bahagian yang dicadangkan Trump untuk gencatan senjata.
Kumpulan itu bersetuju untuk memasuki rundingan segera melalui perantara bagi membebaskan semua tawanan Israel berdasarkan formula pertukaran yang digariskan dalam cadangan Trump.
Bagaimanapun, Hamas tidak menyentuh mengenai isu pelucutan senjata iaitu syarat kritikal dalam pelan Trump yang berulang kali ditolak kumpulan itu.
Hamas juga menyatakan kesediaan menyerahkan pentadbiran Gaza kepada “sebuah pihak berkuasa Palestin yang bebas (teknokrat), berdasarkan konsensus nasional Palestin serta sokongan Arab dan Islam.”
Hamas juga tidak mengulas mengenai cadangan penubuhan jawatankuasa antarabangsa yang diketuai Trump – digelar “Board of Peace” – bagi menyelia pentadbiran Gaza.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

