Semua aktivis Malaysia dijangka tiba di tanah air seawal Isnin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KESEMUA 23 aktivis Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka dapat dibawa pulang ke tanah air seawal Isnin ini.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby dalam sidang media, malam ini.

Menurut Sani, penerbangan pulang kesemua 23 aktivis Malaysia itu juga akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Turkiye.

Sebelum itu, Sani berkata, kesemua 23 aktivis Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul kira-kira pukul 8.40 malam tadi waktu Malaysia.

Katanya, ketibaan aktivis itu disambut oleh oleh pihak kedutaan Malaysia di Turkiye dan Wisma Putra serta kerajaan Turkiye.

“Mereka akan bermalam di Istanbul di bawah jemputan dan tajaan kerajaan Turkiye sebelum diterbangkan pulang melalui penerbangan Turkish Airline yang juga ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Turkiye.

“Usaha ini dibantu oleh Kerajaan Turkiye, Presiden Recep Tayyip Erdoğan, Kerajaan Jordan serta Setiausaha Kerajaan Amerika Syarikat,” katanya.

Baca artikel lain: 23 aktivis GSF Malaysia selamat tiba di Istanbul, diberi pemeriksaan kesihatan – PM

Mengulas lanjut, Sani memberitahu, beliau juga diminta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyambut kesemua aktivis itu di Istanbul.

Beliau berkata, pihaknya memang berhajat supaya kesemua aktivis itu dapat diterbangkan terus ke tanah air dan tiba di Malaysia, esok.

“Bagaimanapun, Kerajaan Turkiye sangat berbesar hati untuk memberikan tajaan penginapan hotel di Istanbul.

“Ia bagi memastikan kesemua mereka ini dapat segarkan diri, merehatkan diri dan seterusnya pulang dalam keadaan mengukir senyuman sekali gus dapat membina semula semangat mereka.

“Ini kerana gelombang kedua ini (misi selepas ini) adalah gelombang yang sangat besar untuk pasca perang dalam menyokong usaha membina semula Gaza dan mengantar bantuan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas utus surat kepada Bersatu, beri cadangan perkukuhkan PN – Muhyiddin

PAS dilaporkan menghantar surat kepada Bersatu berkenaan hubungan di antara kedua-dua buah parti, selain cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional...

More Articles Like This