Malaysia di landasan kukuh capai 70 peratus kapasiti tenaga baharu menjelang 2050

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MALAYSIA kini berada di landasan kukuh untuk mencapai 40 peratus kapasiti tenaga boleh baharu (RE) menjelang 2035 dab 70 peratus menjelang 2050.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setakat ini, kapasiti RE Malaysia telah mencapai 30 peratus, diterajui oleh tenaga solar yang menyumbang lebih daripada 5,000 megawatt (MW).

Katanya, langkah seterusnya ialah mendekarbonisasi sektor tenaga elektrik, termasuk komitmen berani Malaysia untuk mengurangkan 50 peratus kapasiti arang batu menjelang 2035 dan menamatkan sepenuhnya operasi loji janakuasa arang batu menjelang 2044.

Fadillah yang juga Menteri Peraalihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, matlamat itu jelas iaitu mempercepatkan proses dekarbonisasi sambil mengekalkan keterjaminan dan kemampuan tenaga negara.

“Arang batu telah lama menjadi sumber tenaga utama yang memacu pertumbuhan negara, menyediakan tenaga elektrik  yang stabil serta mampu milik. 

“Namun, dunia kini sedang berubah dan Malaysia mesti berkembang untuk kekal berdaya saing, berdaya tahan serta mampan dalam menghadapi realiti baharu tenaga global.

“Melalui pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Malaysia berhasrat mencapai karbon sifar bersih menjelang 2050. 

“Pelan ini menggariskan pendekatan menyeluruh yang menyatukan dasar kerajaan, strategi industri, dan aspirasi iklim negara dalam satu hala tuju bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pelancaran ‘Masa Depan Tenaga Hijau Malaysia – Siri Dialog Dekarbonisasi Sektor Tenaga’ hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, peralihan tenaga bukan sekadar usaha mengurangkan pelepasan karbon. 

Katanya, ia adalah tentang membina sistem tenaga yang berpaksikan rakyat — memastikan tenaga yang mampu milik, menjamin keselamatan tenaga negara, serta menjana peluang pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia.

Menurut Fadillah, teras utama peralihan itu ialah komitmen Malaysia terhadap konsep “Peralihan Tenaga yang Adil” (Just Energy Transition) — memastikan bahawa komuniti, pekerja dan industri tidak tertinggal dalam proses perubahan berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This