Wanita, anak lelaki maut van kilang rempuh kereta Kancil

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG wanita dan seorang anak lelakinya maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dengan nahas tiga kenderaan di KM 65, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, semalam

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, wanita yang berusia 51 tahun itu memandu kereta jenis Kancil bersama dua orang anak lelakinya, masing-masing berusia 15 tahun dan sembilan tahun.

Katanya, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dalam perjalanan dari Simpang Renggam menghala ke Kampung Bukit Kenangan.

“Semasa sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa telah berhenti untuk masuk ke simpang kanan. 

“Sebuah van kilang jenis Mazda yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun yang dalam perjalanan dari arah yang sama telah hilang kawalan dan langgar di bahagian belakang kereta mangsa. 

“Akibat kemalangan tersebut, kereta mangsa telah masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar oleh sebuah kenderaan 4×4 jenis Toyota Hilux yang berada di laluan bertentangan yang tidak sempat mengelak,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Bahrin berkata, van kilang itu juga telah melanggar kenderaan 4×4.

Katanya, mangsa bersama penumpang hadapan iaitu anak lelakinya berusia 15 tahun telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan serta meninggal dunia di tempat kejadian. 

Manakala, kata beliau, seorang lagi anak lelakinya berusia 9 tahun yang duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki kiri.

Bahri berkata, pemandu van pula mengalami kecederaan di bahagian muka, dada dan kaki kanan. 

“Manakala pemandu kenderaan 4×4 iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 62 tahun hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian badan dan tangan kanan. 

“Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang dengan ambulan untuk rawatan,” katanya.

Bahrin berkata, kes disiasat dibawah seksyen 41 (1) Akta pengangkutan jalan 1987.

Katanya, Polis Daerah Kluang menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa di atas jalan raya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This