KERTAS siasatan kes tiga anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan dakwaan ugutan terhadap seorang remaja perempuan untuk melakukan hubungan terlarang, telah dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan tatatertib juga dijalankan selari dengan siasatan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
“Kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan selanjutnya.
“Cadangan polis adalah untuk menuduh semua anggota tersebut di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan, manakala salah seorang daripada mereka turut dituduh mengikut Seksyen 354 akta sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, anggota polis yang terlibat masih lagi bertugas tetapi tidak melibatkan tugasan di lapangan.
“Mereka akan ditahan kerja setelah mendapat arahan untuk dituduh,” katanya.
Pada 19 September lalu, media melaporkan siasatan kes itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ Kuala Lumpur.
Baca artikel lain: 3 feri terbakar di Langkawi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan
Sebelum itu, tular di media sosial laporan polis yang dibuat oleh pelajar berusia 18 tahun yang mendakwa diugut oleh seorang anggota polis untuk melakukan hubungan seksual sekiranya mahu dibebaskan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, pelajar bersama teman lelakinya dikatakan ditahan di hadapan sebuah restoran di Sentul dan telefon bimbit mereka dirampas untuk pemeriksaan.
Hasil pemeriksaan, mereka dikatakan melakukan kesalahan dan akan ditahan untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, salah seorang anggota polis terbabit dikatakan mengajak gadis terbabit melakukan hubungan bersamanya sekiranya mahu dia dan teman lelakinya dibebaskan, namun ajakan itu ditolak.
Susulan itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul oleh pelajar terbabit pada hari sama.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

