SST masih kekal relevan, pilihan laksana semula GST dilihat belum sesuai

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PILIHAN untuk melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau cukai nilai tambah (VAT) dilihat masih belum sesuai untuk dilaksanakan pada masa ini.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan, GST atau VAT masih belum sesuai kerana dalam keadaan semasa, rakyat masih berdepan dengan tekanan kos sara hidup dan pendapatan yang masih rendah.

Menurut MoF, kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati dan bersasar dalam mempertimbangkan sistem cuki penggunaan seperti pelaksanaan SST, GST atau VAT.

“Sebaliknya, SST sedia ada yang telah diguna pakai selama lebih 40 tahun masih kekal relevan.

“Sistem SST ini juga mudah difahami dengan baik oleh pihak industri, peniaga dan rakyat di mana SST dapat dilaksanakan segera dan berkesan berbanding memperkenalkan semula GST yang memerlukan tempoh persediaan panjang termasuk pengubahsuaian sistem perakaunan serta operasi syarikat,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Kementerian Kewangan menjawab pertanyaan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) tentang pendirian kerajaan terhadap saranan Bank Dunia agar Malaysia mempertimbangkan semula pelaksanaan GST bagi meningkatkan hasil negara, memperkukuh kedudukan fiskal serta mengurangkan kebergantungan hasil petroleum.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata kerajaan tidak melaksanakan semula GST buat masa ini kerana nilai ambang pendapatan rakyat masih rendah dan belum mencapai tahap yang wajar untuk pelaksanaan sistem percukaian berkenaan.

Perdana Menteri berkata, walaupun GST adalah sistem percukaian paling efisien dan telus, kerajaan ketika ini memilih tidak melaksanakannya bagi mengelak beban berlebihan kepada golongan berpendapatan rendah.

Anwar berkata, walaupun beberapa pengecualian boleh diberikan jika GST dilaksanakan, masih banyak barangan tetap dikenakan cukai secara tidak langsung.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This