Kecuaian kontraktor punca kebocoran bumbung KLIA

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KECUAIAN kontraktor gagal mengalihkan penutup papan lapis yang merupakan prosedur wajib telah dikenal pasti menjadi punca kebocoran bumbung Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 yang tular semalam.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam kenyataan memaklumkan insiden itu berlaku ketika proses pemulihan bumbung Terminal 1 itu sedang giat dijalankan.

Menurut MAHB, pihak kontraktor sedang menjalankan kerja-kerja pengedap berjadual pada titik saliran ketika hujan lebat dan kilat di seluruh kawasan KLIA, petang semalam.

Selaras dengan protokol keselamatan, katanya, kerja-kerja pembaikan itu telah ditangguhkan serta-merta dan pasukan kontraktor segera mengosongkan bahagian bumbung.

“Dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengosongkan bumbung disebabkan cuaca yang buruk, kontraktor telah gagal menanggalkan papan lapis yang digunakan untuk menutup titik saliran untuk keselamatan sekali gus menyebabkan salah satu sistem saliran bumbung tersumbat.

“Apabila hujan lebat luar biasa berlaku, sistem saliran tersumbat itu telah menghalang air daripada mengalir keluar dari bumbung mengikut reka bentuknya.

“Ini mengakibatkan sejumlah besar air terkumpul di atas bumbung yang kemudiannya bocor melalui siling terminal ke balai berlepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, MAHB menyifatkan kesilapan itu sebagai tidak boleh diterima memandangkan ia merupakan prosedur kerja asas dan berada di bawah standard yang diperlukan untuk kontraktor yang bekerja di infrastruktur kritikal lapangan terbang.

Baca artikel lain: Bumbung KLIA bocor, MAHB minimumkan kesan kepada operasi

Sehubungan itu, MAHB memaklumkan KLIA akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor tersebut untuk menangani prestasi yang buruk itu.

“KLIA dipegang pada piawaian tertinggi oleh orang awam yang melancong dan kami komited untuk memastikan kontraktor dan rakan kongsi kami mematuhi piawaian yang sama.

“Kami juga bekerjasama dengan kontraktor untuk melaksanakan penambahbaikan segera kepada prosedur kerja mereka termasuk perundingan mandatori tentang ramalan kaji cuaca sebelum memulakan kerja-kerja di bumbung.

“Selain itu, kami juga bekerjasama dengan kontraktor bagi memperkukuh protokol kontingensi untuk penggantungan kerja segera semasa cuaca buruk,” katanya.

Kerja-kerja pemulihan bumbung itu merupakan sebahagian daripada projek selama setahun bermula April lalu untuk memulihkan kalis air bumbung terminal utama KLIA.

Semalam, rakaman video berdurasi 26 saat yang menunjukkan air mencurah melalui siling di sebuah kawasan yang dipercayai dewan berlepas tersebar secara meluas di media sosial, menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This