Reman lelaki warga Nepal disyaki liwat kucing dilanjutkan 14 hari

Dari Penulis

SEORANG lelaki warganegara Nepal yang disyaki meliwat seekor kucing di sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, Shah Alam dilanjutkan reman selama 14 hari lagi mulai hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol memaklumkan, reman ke atas suspek dilanjutkan bagi siasatan kesalahan imigresen.

Menurut Ramsay, semakan mendapati lelaki berusia 33 tahun itu memiliki pasport yang masih sah tetapi tiada permit bekerja.

Beliau berkata, suspek dipercayai telah berada di Malaysia selama enam tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan sejak dua bulan lalu.

Baca artikel lain: Lelaki warga asing liwat kucing di Shah Alam ditahan

“Semakan awal mendapati lelaki Nepal yang masih bujang itu tiada permit kerja dan kini dilanjutkan reman imigresen selama 14 hari bagi siasatan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, polis menahan seorang lelaki warganegara Nepal berusia 33 tahun yang disyaki meliwat seekor kucing sebelum mencampaknya dari aras empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, Shah Alam.

Berdasarkan laporan, seorang pengadu bersama suaminya yang baru tiba di kediaman mereka melihat dari dalam kereta seorang lelaki dalam keadaan bogel dipercayai sedang meliwat seekor kucing.

Suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol berjaya ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 4.45 pagi, Sabtu lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This