Video tular tangkapan bersenjata di Stadium Hang Jebat hanya simulasi selamatkan VIP

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

VIDEO kejadian tangkapan bersenjata di hadapan Stadium Hang Jebat, Melaka yang tular sejak semalam hanya simulasi operasi menyelamatkan orang kenamaan (VIP) tebusan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dalam kenyataan hari ini.

Menurut Christopher, siasatan awal mendapati latihan awal itu telah dijalankan kira-kira pukul 6.30 petang, semalam.

Beliau berkata, latihan tersebut membabitkan seramai 45 anggota yang bertindak sebagai pihak musuh dan pihak berkuasa dengan penggunaan beberapa kenderaan latihan.

“Proses rundingan yang dijalankan dalam simulasi berakhir tanpa persetujuan pihak musuh, seterusnya memerlukan tindakan taktikal oleh pasukan penyelamat.

“Latihan ini berlangsung selama 45 minit dan berjaya dilaksanakan dengan selamat serta terkawal,” katanya dalam kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Christopher turut memaklumkan kepada orang ramai bahawa kursus tempur jarak dekat itu dilaksana di bawah kelolaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, kursus latihan pengiring orang kenamaan (POK) itu dilaksana di sekitar daerah Melaka Tengah sejak 10 hingga 22 November ini.

Baca artikel lain: Video tular polis tahan penjenayah di Klang hanya latihan simulasi

Beliau memberitahu, latihan itu melibatkan pergerakan konvoi, pengiring VIP, kawalan keselamatan, pengendalian ancaman serta simulasi situasi kritikal di kawasan-kawasan tumpuan seperti Ayer Keroh; Stadium Hang Jebat; Bandar Hilir; Klebang; Simpang Ampat dan Sungai Udang.

“Sepanjang tempoh latihan, orang ramai mungkin melihat pergerakan kenderaan latihan yang menggunakan riben hijau serta anggota penuntut dan jurulatih yang memakai pas pengenalan kelabu serta kad pengenalan tentera untuk tujuan pengesahan.

“Beberapa buah kenderaan latihan turut digunakan termasuk kereta jenis Perodua Myvi; Honda City; Proton Saga; Perodua Bezza; Perodua Ativa; Toyota Noah serta beberapa motosikal model Yamaha dan Honda.

“Semua anggota terlibat lengkap dengan peralatan keselamatan latihan serta dibekalkan peluru blank bagi tujuan simulasi dan kawad taktikal,” jelasnya.

Sehubungan itu, Christopher menasihatkan orang ramai supaya tidak panik atau terpengaruh dengan maklumat tidak sahih yang mungkin tersebar di media sosial berkaitan pergerakan konvoi bersenjata atau bunyi tembakan blank di kawasan latihan.

“Polis Melaka Tengah memberikan kerjasama penuh kepada pihak penganjur dan memastikan setiap aktiviti latihan dilaksanakan dalam keadaan terkawal, selamat dan tidak menjejaskan ketenteraman awam,” katanya.

Semalam, video berdurasi 45 saat kemunculan beberapa individu lengkap bersenjata melakukan tangkapan di tepi jalan sekitar Stadium Hang Jebat tular di aplikasi WhatsApp.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI terus perkasa SPRM sebagai institusi berwibawa – PM

KERAJAAN MADANI akan terus memperkasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai institusi yang berwibawa dan dihormati. Jaminan itu disuarakan Perdana...

More Articles Like This