Al-Sultan Abdullah ingatkan rakyat Pahang berwaspada musim tengkujuh, amaran Ribut Tropika Senyar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat negeri itu agar sentiasa berwaspada pada musim tengkujuh yang sedang melanda ketika ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan Majlis Kesultanan Pahang, Al-Sultan Abdullah bertitah, semua rakyat terutama di kawasan berisiko perlu terus berwaspada dengan keadaan semasa.

Pada masa sama, baginda turut menasihatkan rakyat Pahang untuk mengambil berat terhadap keselamatan diri dan keluarga.

“Saya ingin menasihatkan rakyat terutama di kawasan berisiko banjir sentiasa berwaspada dengan keadaan di musim tengkujuh ini dengan hujan lebat yang turun tanpa henti.

“Ibu bapa atau penjaga, jagalah anak-anak, cucu masing-masing agar tidak berlaku perkara-perkara tidak diingini pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.

“Dengarlah arahan-arahan daripada pihak berkuasa supaya berpindah atau tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) demi keselamatan diri.

“Pengguna jalan raya juga perlu berhati-hati ketika memandu atau menunggang motosikal. Keadaan hujan menambah risiko bahaya ketika berada di atas jalan raya. Semoga sentiasa selamat dalam perjalanan menuju destinasi,” titah Al-Sultan Abdullah.

Baca artikel lain: SPRM peroleh perintah halang transaksi lebih AS$115 juta akaun Putera Turki Abdullah

Sementara itu, baginda bertitah semua PPS dijaga dengan baik dan sentiasa mengutamakan aspek kebersihan.

“Saya berharap supaya semua PPS di negeri ini berada dalam keadaan bersih dan teratur.

“Semua pihak terbabit perlu bekerjasama, jagalah kebersihan PPS termasuk ketika menggunakan tandas yang menjadi kemudahan bersama,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Pahang bertitah, peringatan turut diberikan kepada semua rakyat berikutan amaran kesan Ribut Tropika Senyar yang terbentuk di Selat Melaka melanda beberapa negeri pantai barat termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.

“la adalah satu situasi yang jarang berlaku malah hujan lebat dalam tempoh lama boleh menyebabkan kita semua berdepan risiko banjir kilat, pokok tumbang dan tanah runtuh yang mungkin berlaku di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

“Saya minta kita semua terus berhati-hati dan sentiasa berdoa supaya dijauhi bala bencana dan kemalangan, teruskanlah melakukan solat hajat di masjid dan di rumah” titah baginda.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This