PERTEMBUNGAN 11 penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Aliakbar Gulasan merampas kerusi tersebut daripada Barisan Nasional (BN).
Ia sekali gus menjadi kerusi pertama menjadi milik PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 kali ini.
Bukan itu sahaja, Aliakbar juga menjadi calon pertama Pas berjaya menawan kerusi DUN Sabah.
Pesuruhjaya Pas Sabah itu meraih 92 undi memberi kelebihan awal berbanding calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Arshad Idris yang memperoleh 63 undi setakat ini.
Baca artikel lain: (TIDAK RASMI) PRN Sabah: Hajiji tunjuk taring di DUN Sulaman
Calon Warisan, Ahmad Jais Otong pula mengutip 47 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Yakub Khan yang sebelum ini pernah mewakili kawasan tersebut menerima 26 undi.
Tiga calon lain masing-masing mencatat satu undi, iaitu Azman Fathil (GAS), Adis Jalie (PIS) dan Ajis @ Hates Abdul (SPP), manakala, empat lagi calon iaitu Mohd Yunus Ibrahim (PBK), Matkri Kassim (PKS), Stephen Teo (STARSabah) serta Raynold Saikam Salinggou (Perpaduan) masih belum memperoleh sebarang undi.
Dalam PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020, Yakub berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti hanya 16 undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

