PEGAWAI Tadbir Diplomatik (PTD) di Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang ditahan dalam serbuan di pusat sauna yang disyaki menjadi lokasi lelaki songsang telah diarahkan meletakkan jawatan serta-merta.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, antara tindakan lain yang telah dilaksanakan ialah Unit Integriti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memulakan siasatan dalaman ke arah tindakan tatatertib mengikut peraturan perkhidmatan.
Beliau menegaskan, tiada sesiapa dikecualikan daripada proses undang-undang dan tatakelola serta sebarang tindakan lanjut akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan Unit Integriti serta kerjasama dengan pihak berkuasa.
“Saya mengambil maklum laporan berhubung penahanan salah seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang berkhidmat di pejabat saya oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
“Sebagai Timbalan Menteri, saya menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan integriti penyiasatan,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel lain: Aktiviti songsang: JAWI panggil individu terlibat untuk dirakam percakapan
Sebelum ini, seramai 201 lelaki yang juga pengunjung sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut, ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang.
Mereka berusia antara 19 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi mengejut membabitkan Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Daripada 201 yang ditahan, 17 daripada mereka adalah penjawat awam membabitkan doktor bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, guru serta pegawai agensi penguatkuasaan.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Azani Omar, berkata risikan dan pemantauan ke atas premis dua tingkat ini telah dijalankan sejak dua minggu lalu berdasarkan maklumat awam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

