PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berada di Sabah pada petang esok bagi menghadiri Majlis Sentuhan MADANI Bersama Rakyat Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC).
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri dan barisan Menteri Kabinet Sabah yang baharu.
“Pejabat Perdana Menteri merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Hajiji Noor atas pembentukan Kabinet Perpaduan Sabah yang baharu.
“Terbentuknya barisan kepimpinan Sabah ini mencerminkan kematangan politik, kesepaduan serta komitmen untuk meneruskan agenda pembangunan Sabah bagi penggal lima tahun akan datang.
“Insya-Allah, Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama rapat bersama kepimpinan Sabah dalam semangat MADANI bagi memastikan pembangunan Sabah dapat dilaksana secara menyeluruh, inklusif dan mampan,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi sesi Taklimat Pejabat Perdana Menteri, hari ini.
Katanya lagi, kerjasama erat antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan amat penting dalam menangani pelbagai isu strategik demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.
“Kesepaduan dan kejituan Kabinet baharu ini diyakini akan memperkukuh lagi hubungan antara kedua-dua peringkat kerajaan dalam memastikan aspirasi rakyat Sabah dapat dicapai dengan lebih berkesan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

