SEORANG lelaki putus pergelangan tangan kanan dan cedera di bahagian kaki selepas motosikal jenis Yamaha LC135 ditunggang dirempuh sebuah Proton Satria di Jalan Sungai Rambai, Jenjarom, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi memaklumkan, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu turut melibatkan sebuah lagi kereta jenis Toyota Vellfire.
Menurut Mohd Akmalrizal, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila Yamaha LC135 ditunggang mangsa berusia lingkungan 20-an itu mahu keluar dari simpang Jalan Akasia menghala ke Jalan Sungai Rambai.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya telah dilanggar kereta Proton Satria.
“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tersebut telah tercampak ke bahu jalan manakala Proton Satria melanggar penghadang jalan lalu berpusing dan masuk ke laluan bertentangan.
“Proton Satria itu kemudiannya telah terlanggar bahagian hadapan Toyota Vellfire di lorong bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Lelaki maut motosikal dirempuh Axia dari belakang di Kota Bharu
Mengulas lanjut, Mohd Akmalrizal berkata, mangsa telah mengalami kecederaan putus pergelangan tangan dan cedera di bahagian kaki kanan telah dikejarkan ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, mangsa telah menjalani pembedahan di bahagian tangan kanan dan berada dalam keadaan stabil.
Pada masa sama, kata beliau, pemandu Proton Satria berusia 20-an dan pemandu Toyota Vellfire berusia lingkungan 60-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan telah dibuka dan kes ini diklasifikasi di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.
“Pihak polis menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

