Kelantan hargai arahan segera PM ganti titi gantung Lata Rek

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas arahan segera menggantikan titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai demi keselamatan dan kemudahan rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud memaklumkan, beliau telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai untuk menyelaras segala urusan berkaitan dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan agensi berkaitan.

Menurut Mohd Nassuruddin, ia bagi memastikan kerja-kerja penggantian jambatan dapat disegerakan dan dilaksanakan dengan teratur.

“Kerajaan Negeri Kelantan Komited untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan demi menjamin kebajikan rakyat serta memastikan kemudahan awam yang selamat dan berfungsi dapat disediakan sebaiknya.

“Saya mendoakan agar semua mangsa diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.

“Insya-Allah dengan kerjasama erat semua pihak, penyelesaian dapat dilaksanakan dengan pantas dan segera,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohd Nassuruddin bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan turut menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan kepada semua mangsa yang terlibat.

Baca artikel lain: PM arah titi gantung roboh di Lata Rek diganti segera

Pada masa sama, kata beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai dan Ahli Parlimen Kuala Krai telah mengambil langkah segera dengan turun padang serta menggerakkan tindakan awal bagi membantu mangsa dan memastikan keselamatan penduduk setempat.

Semalam, Perdana Menteri mengarahkan satu peruntukan disediakan bagi menggantikan segera titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai yang roboh, Khamis lalu.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan, ia merupakan satu keperluan segera kerana titi gantung tersebut merupakan akses harian penduduk di sekitar Kampung Pasir Jering, Dusun Ban, Dusun Bunut dan Kampung Batu Pagar.

Media melaporkan, dalam kejadian pada pukul 2 petang kelmarin, suasana meriah kenduri perkahwinan bertukar cemas apabila sebuah titi gantung tiba-tiba runtuh menyebabkan lebih 50 tetamu terjatuh ke dalam sungai.

Akibat kejadian itu, seorang lelaki mengalami patah kaki selepas terjatuh di atas batu sungai, manakala seorang kanak-kanak cedera di kepala menerima beberapa jahitan dan tiga lagi mengalami luka ringan serta sesak nafas.

PMO turut memaklumkan, kerja-kerja penggantian akan dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) PMO dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi memastikan tindakan pantas dan berkesan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This