PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberi bayangan beliau bukanlah calon daripada parti itu untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).
Malah, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Perlembagaan PN tidak menyatakan bahawa jawatan Pengerusi perlu dipilih daripada presiden parti-parti komponen.
Menurut Abdul Hadi, Pas Pusat akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan calon yang akan dilatik sebagai Pengerusi PN minggu depan.
Pada masa sama, katanya, PN juga masih belum bermesyuarat bagi memutuskan pengganti Muhyiddin kerana Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah meletakkan jawatan.
“Belum lagi (calon Pengerusi dari Pas), kita serahkan kepada Pas Pusat untuk memilih calon tetapi tidak semestinya saya.
“Mesyuarat (Pas Pusat) belum lagi. Minggu depan,” katanya.
Baca artikel lain: Gambar bertemu Muhyiddin, Ahmad Samsuri dicanang bakal Pengerusi PN?
Bagaimanapun, Abdul Hadi tidak memaklumkan tarikh mesyuarat terutama pemilihan pengerusi PN bagi menggantikan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh yang melepaskan jawatan akhir bulan lalu.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, beliau sedia membantu sesiapa pun yang akan dilantik sebagai Pengerusi PN.
“Dia orang (Jawatankuasa Pas Pusat) terlalu sangat hendak bergantung kepada saya, tetapi tidak apalah, saya serahkan kepada pusat untuk memilih calon Pengerusi PN,” katanya.
Isnin lalu, kerajaan dilapor akan membentangkan rang undang-undang (RUU) baharu bagi mengehadkan tempoh masa pentadbiran seseorang Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh.
Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menambah ia akan dilaksanakan pada sesi Parlimen tahun ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

