DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan pertemuan dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dalam masa terdekat.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, beliau akan bertanya secara terus kepada Muhamad Akmal mengenai maksud lawan habis-habisan ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2026, hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, beliau menghormati keputusan Muhamad Akmal yang mengumumkan perletakan jawatan sebaga EXCO Kerajaan Negeri Melaka pagi tadi.
“Beliau (Muhamad Akmal) telah berbincang dengan saya dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan saya menghormati pendirian beliau untuk melepaskan jawatan sebaga Exco Kerajaan Negeri Melaka.
“Mungkin dengan itu beliau mempunyai masa dan ruang yang cukup untuk turun ke akar umbi terutamanya ke bahagian-bahagian.
“Hal ini kerana kita ada 191 bahagian Pemuda dan mudah-mudahan itu peluang untuk beliau turun ke bawah untuk pergerakan jentera Pemuda,” katanya kepada media hari ini.
Terdahulu, Muhamad Akmal mengumumkan peletakan jawatan sebagai EXCO Kerajaan Negeri Melaka berkuat kuasa minggu hadapan.
Keputusan itu dinyatakan Muhamad Akmal ketika ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2025, hari ini.
Menurut Muhamad Akmal, langkah dilakukannya itu selari dengan pendiriannya membawa suara akar umbi yang resah dengan hubungan UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

