CALON Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar meneruskan legasi ditinggalkan bapanya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin setelah menumbangkan dua calon lain dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan.
Naim Kurniawan memperoleh 19,852 undi dengan majoriti sebanyak 14,214 undi dalam pertandingan tiga penjuru.
Beliau meninggalkan pencabar terdekat Datuk Saddi Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau mendapat 5,638 undi
Seorang lagi calon iaitu Goldam Hamid (Bebas) pula hanya mendapat 946 undi.
Pengumuman keputusan rasmi tersebut dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dr Eddy Syaizul Rizam di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Lamag, sebentar tadi.
Sementara itu, BN turut berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag apabila calonnya, Mohd Ismail Ayob menewaskan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
Baca artikel lain: Tak sengaja tertekan pedal minyak, tiga termasuk dua kanak-kanak cedera ringan dilanggar Myvi
Mohd Ismail menang selesa dengan majoriti 5,681 undi dengan Mazliwati hanya memperoleh 1,588 undi.
Kedua-dua PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya iaitu Bung Moktar, 66, pada 5 Disember tahun lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Bung Moktar mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan selepas memperoleh majoriti 4,330 undi dengan menewaskan pencabarnya Mazliwati daripada Warisan.
Bung Moktar turut melakar kemenangan dalam saingan lima penjuru di DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah, 29 November lalu dengan memperoleh majoriti 153 undi.
Parlimen Kinabatangan mempunyai 48,526 pengundi manakala DUN Lamag pula merangkumi 13,793 pengundi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

