BEKAS Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Mohd Razali Alias mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan menerima suapan wang ringgit di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
Mohd Razali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menerima suapan wang AS$20,000 dan RM64,600 bagi pembelian tiket penerbangan ke luar negara untuk isterinya, dua tahun lalu.
Mohd Razali yang tiba di mahkamah pada jam 8.35 pagi dengan memakai sut lengkap berwarna hijau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas ketiga-tiga tuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
“Saya faham, saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” katanya.
Baca juga: Isteri bekas PTD didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu
Mohd Razali didakwa dengan tuduhan pertama, iaitu secara rasuah menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang berjumlah AS$20,000 daripada Pengarah Syarikat Intelligence PC Centre Sdn Bhd, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman, 45, di Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO), Kem Kementah, Jalan Padang Tembak di sini, antara Ogos dan November 2024.
Wang itu sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan MDIO Angkatan Tentera Malaysia (ATM), meluluskan sijil pengesahan dan penerimaan perkhidmatan untuk tujuan pembayaran bagi Perolehan Perkhidmatan Senggaraan dan Perkhidmatan Sokongan Sistem Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).
Terdahulu Razali diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memasuki lobi mahkamah jam 8.34 pagi sebelum dibawa ke Mahkamah Khas Rasuah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

