PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempertahankan tindakan beliau menerjah ke institusi kelolaan agensi berkenaan sebagai usaha memperbaiki keadaan.
Beliau yang juga dikenali sebagai ‘Daddy’ dalam kalangan anak-anak Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menegaskan, tindakan tersebut juga bukan usaha untuk mencari salah mana-mana pihak.
“Tujuan saya #Terjah bukan untuk cari kesalahan, tetapi untuk penambahbaikan. Ini adalah amanah untuk pastikan setiap sen duit MARA dibelanjakan dengan betul dan berkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Wanita rugi RM10,000, wang meniaga disimpan dalam kereta lesap
Sejak dilantik pada 10 Mac 2023, Pengerusi Mara tersebut terkenal dengan video-video terjah yang dimuat naik di media sosial beliau dan tindakan itu meraih pujian ramai pihak.
Beliau turut memperkenalkan slogan ‘you touch you go!’ dalam usaha menangani masalah buli yang wujud di dalam institusi pendidikan Mara.
Menerusi hantaran sama, Asyraf Wajdi turut mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Menengah Mara yang pantas ambil tindakan hanya dua hari selepas meninjau ke MRSM TGS Kuala Lipis pada Rabu lalu.
“Alhamdulillah, peruntukan segera yang saya umumkan untuk kerja-kerja penambahbaikan tandas-tandas yang rosak juga telah disalurkan semalam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

