EXO-L akhirnya boleh menarik nafas lega! Vokalis utama EXO yang terkenal dengan vokal penuh emosi dan penceritaan mendalam, Chen, bakal menggegarkan pentas ZEPP Kuala Lumpur menerusi konsert jelajah solo CHEN CONCERT TOUR Arcadia in KUALA LUMPUR pada 29 Mac depan.
Menariknya, Kuala Lumpur dipilih sebagai destinasi terakhir bagi jelajah global “Arcadia” selepas Chen menjayakan persembahan di beberapa bandar utama Asia termasuk Taipei, Yokohama, Jakarta, Manila dan Macau.
Ketua Pegawai Operasi pasukan penganjur, Hans Kim, menyifatkan konsert ini sebagai pengalaman yang melangkaui persembahan biasa.
“Kami amat teruja untuk membawa konsert ini ke Kuala Lumpur.
“Ia sebuah konsert yang menggabungkan seni, emosi dan produksi bertaraf dunia.
“Persembahan ini bukan sekadar konsert, tetapi satu perjalanan emosi yang jarang dapat dirasai secara langsung,” katanya.
Dengan tiket yang terhad dan permintaan yang tinggi, peminat disaran mendapatkan tiket lebih awal sebelum ia habis terjual.
Ini adalah peluang keemasan untuk menyaksikan sendiri kekuatan vokal dan kehadiran pentas Chen dari jarak paling dekat.
Direka sebagai sebuah persembahan yang sarat dengan emosi dan visual memukau, “Arcadia” menjanjikan pengalaman konsert yang imersif menerusi gabungan balada ikonik, lagu-lagu kegemaran peminat serta susunan muzik istimewa yang menonjolkan keindahan vokal bertaraf dunia Chen.
Dikenali dengan suara penuh jiwa dan sentuhan emosi yang mendalam, pemilik nama lengkap Kim Jong-dae itu terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara solois K-pop paling dihormati.
Konsert ini bakal diserikan dengan visual LED sinematik, pencahayaan dinamik serta kejelasan akustik berkualiti tinggi yang menjadikan setiap lagu satu perjalanan emosi yang dekat di hati peminat.
Peminat turut berpeluang menikmati persembahan eksklusif lagu-lagu solo popular serta OST K-drama ikonik seperti “Beautiful Goodbye” dan “Best Luck”, yang sinonim dengan vokal lunaknya.
Dengan kapasiti terhad hanya 2,000 penonton, konsert ini menjanjikan suasana yang lebih intim dan eksklusif.
Lebih istimewa, semua peminat bakal menikmati manfaat Miracle Fan, termasuk sesi swafoto selain menerima kad foto eksklusif.
BUTIRAN KONSERT
? Tempat: ZEPP Kuala Lumpur
? Tarikh: 29 Mac 2026 (Ahad)
? Pintu Dibuka: 3 petang | Persembahan: 4 petang
KATEGORI TIKET
• VIP Standing – RM798
• CAT 1 Standing – RM698
• CAT 2 Standing – RM498
• CAT 3 Premium Seating (atas) – RM598
• CAT 4 Seating (aras atas) – RM398
Manfaat Peminat:
? Sesi swafoto 1:1 – Semua kategori
? Kad foto – Semua kategori
? Sound check – VIP
?️ Poster bertandatangan – VIP (60), CAT 1 (30), CAT 2 (10)

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

