TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon untuk dilepas dan dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, permohonan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi pada 28 Jan lepas dengan menamakan Pendakwa Raya sebagai responden.
“Pihak kami membuat permohonan itu atas alasan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan media pada 8 Jan lepas telah memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap 47 pertuduhan tersebut membabitkan anak guam (Ahmad Zahid).
“Anak guam telah dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi lebih dua tahun. Jadi tak adil untuk seseorang, pertuduhan itu sentiasa tergantung atas kepala beliau. Beliau perlu mencari kebenaran,” kata peguam itu selepas prosiding kes berkenaan di hadapan Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor, di sini hari ini.
Hisyam berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan itu bersama sijil perakuan segera kepada AGC pada 30 Jan lepas dan mahkamah menetapkan pendengaran permohonan itu pada 24 Feb ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

